Seorang Hakim, seorang Nasrani
dan Ibu yang menanggung anak-anak kecil
Diceritakan oleh sebagian orang salih, bahwa pada zaman pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, kerajaan Bani Umaiyah, terdapat seorang wanita janda dari keturunan Nabi s. a. w. Dia menanggung tiga orang anak perempuan yang masih kecil-kecil kesemuanya, padahal keadaan hidupnya amat sempit sekall. Hari-hari ada saja yang kurang.
Pada suatu hari anak-anak itu terus menangis tidak mahu berhenti, lantaran tidak tertahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas lbunya memujuk untuk bersabar, namun anak-anak itu tidak sunggup bersabar lagi.
Sang ibu sudah habis helah untuk menghibur anak-anak kecil yang tidak faham tentang keadaan hidup itu. Lalu la berkata kepada anak-anaknya itu: 'Tunggulah sampal besok, nantli ibu. akan pergi ke kantor Tuan Hakim negerl meminta sesuatu dari 'Baltul-mal' (Kas Negara), moga-moga dia merahmati kita!'
Pada pagi-pagi lagi, ibu dengan anak-anak kecilnya datang ke kantor Tuan Hakim menunggu kedatangannya. Lama juga mereka menunggu, baru Tuan Hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecilnya di situ, Tuan Hakim bertanya:
`
`Tuan Hakim!' bicara ibu anak-anak itu. 'Kami sudah selalu sangat tidak makan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup bertahan menunggu makanan. Jadi kami datang di sini, moga-moga ada apa-apa makanan yang dapat Tuan berikan sedekah kepada kami dari Baltul-mal.'
Sang lbu sungguh mengharapkan bantuan dari Tuan Hakim itu. Kalau tidak dikasihaninya dirinya sendirl, paling kurang kepada anak-anak kecil yang tidak tahu bahasa itu.
Balklah,'jawab Tuan Hakim baik sekali. 'Hari ini kembalilah dulu! Besok aku akan berikan kamu sesuatu,' tegasnya.
Wajah ibu itu cerah sedikit, menyangka ada harapan bahwa bantuan yang dicita-citakan itu akan datang, walaupun lambat sedikit. Namun begitu dia mencuba jika boleh biarlah bantuan yang dijanjikan itu dapat segera pada hari itu juga kerana dia tidak tertahan lagi melihat anak-anaknya yang terus menangis saja.
`Tuan Hakim!' rayunya pula 'Terima kasih banyak atas pertimbangan Tuan yang balk itu. Tapi boleh tak kalau bantuan itu diberikan sekarang juga, kerana anak-anak kecil ini sungguh terlalu lapar sekali. Biarlah saya menunggu lambat sedikit, tidak mengapa, asalkan saya boleh dapatkan bantuan itu sekarang juga,' dia merayu penuh harapan meminta belas-kasihan Tuan Hakim yang berkuasa itu
`Sudahlah, bukankah aku sudah bilang besok, datanglah besok saja. Aku
Ibu itu tidak ada alasan lain untuk merayu, dan dia bimbang pula, jika banyak bicara yang tidak disukai Tuan Hakim, mana tahu, dia akan ubah putusannya yang mahu membantu itu. Lebih balk kembali saja, katanya dalam hari.
Ibu itu menarik tangan-tangan anak-anaknya untuk pulang, namun anak-anak yang tidak tahu bahasa itu, malah lebih menangis, kerana dilihatnya tidak ada benda yang diberikan oleh Tuan Hakim kepada mereka.
`Tuan Hakim tidak beri kita apa-apa,' tanya anak yang terbesar sekali.
`Dia sibuk hari ini,' puiuk sang ibu, 'besok dia akan berikan kita. Kita terpaksa kena sabarlah.'
Pada malam itu ibu itu terus menenteramkan anak-anaknya, bahwa mereka akan dapat bantuan dari Baitul-mal, dan Tuan Hakim akan memberikan bantuan kepada mereka, dan mereka tidak akan hidup dalam kekurangan lagi. Anak-anak itu masih belum faham lagi, mengapa mereka mesti tunggu sampai Tuan Hakim memberi mereka makan mereka, namun begitu mereka merasa gembira juga kerana mulai besok mereka akan dapat makan minum dengan cukup, berkat bantuan Tuan Hakim itu. Mereka pun tidur tanpa banyak resah dan tangis.
Pada hari esoknya, seperti waktu kelmarinnya, ibu itu datang lagi ke kantor Tuan Hakim kerana menuntut janji yang diluahkan Tuan Hakim pada hari yang sebelumnya. Dia terpaksa menunggu lagi sehingga Tuan Hakim datang.
`Assalamu alaikum, Tuan Hakim,' ibu itu memulakan bicaranya.
`Ah, pagi-pagi buta engkau sudah sampai ke sini?' bangkang Tuan Hakim kepada ibu itu.
`Minta maaf,' kata ibu itu.
`
Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan,' kata ibu itu.
Bantuan yang aku janjikan?' bentak Tuan Hakim. 'Aku tak pernah berjanji kepada siapa-siapa pun.'
Bukankah saya datang kelmarin dengan anak-anak saya, dan Tuan Hakim....'
Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan Tuan Hakim itu mengenai janjinya, tiba-tiba Tuan Hakim itu membentak lagi dengan suara keras sekali.
`Hei pengawal,' panggil Tuan Hakim kepada penjaga pintu di situ. 'Halau perempuan ini dari sini!'
`Hei Tuan Hakim! Kenapa Tuan bersikap zalim begini?!' ibu itu menggerutu.
Pergi saja dari sini! jangan bising-bising!' perintah Tuan Hakim.
Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari kantor Tuan Hakim. Dia menahan tangisannya sekuat hatinya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina sebagai seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian dan harga diri. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah s.a.w. yang mesti menjaga harga diri.
Lekas-lekas dia melarikan dirinya dari tempat itu. Dia keluar sedang fikirannya berkecamuk memikirkan nasib
Dia memesong ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi. Rumah-rumah itu banyak yang sudah roboh kerana sudah tua dan benaannya sudah tidak sesuai dengan kehendak orang-orang yang sudah serba maju pada mana itu.
Dia kemudian duduk di salah satu sudutnya sendirian untuk memecahkan sakit yang sedang menekan hati sanubarinya. Dia terus menangis sekuat hati dan sepuas-puasnya. Dia kemudian mengeluh: `Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak‑anakku yang kecil itu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat mempu mereka lagi dengar alasan-alasan yang tidak benar! Tuhanku! Berilah aku jalan keluar dari kesempitanku ini! Aku sendiri pun sudah tidak sanggup menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun?!'
Ibu itu terus menangis dan meraung seorang diri.
Diceritakan pula bahwa pada
Orang Nasrani ini namanya Saiduk, mempunyai harta yang banyak serta banyak pula orang yang bekeria dengannya.
Kebetulan sekali, Saiduk sedang melihat-lihat rumah-rumah buruk di situ. Mungkin ada sesuatu tujuan dagang, kerana itulah dia memeriksa-meriksa deretan rumah-rumah yang roboh di situ. Dari kejauhan terdengar olehnya suatu suara tangisan yang merintih hati.
`Aku sudah datang ke sini beberapa kali, tidak pernah aku dengar apa-apa macam ini,' katanya kepada beberapa orang pekerjanya yang datang bersama-samanya. kamu dengar tidak suara itu?'
`Dengar suara tangisan seorang perempuan,' jawab seorang pekerjanya.
`Jangan-jangan suara jin tak,' kata yang lain.
Eh, mana ada jin siang-siang hari begini?! kata yang lain pula.
Mereka pun pergi ke tempat datangnya suara tangisan itu. Mereka dapati disitu ada seorang perempuan yang setengah umur sedang menangis. Melihat orang-orang itu datang, ibu itu berhenti menangis. Dia kelihatan terperanjat. Dari mana orang-orang ini datang?
`Jangan takut,' kata Saiduk. 'Saya Saiduk, semua orang kenal saya di sini,' sambungnya lagi.
`Saiduk, saudagar Nasrani itu?' tanya ibu itu
`Kenapa engkau menangis di sini?' tanya Saiduk.
`Tak ada apa-apa,'Jawab ibu itu.
`Tak ada apa-apa tak
`Saya faham,' kata Saiduk. jangan menangis lagi!' katanya lagi.
Saiduk lalu menyuruh perempuan itu kembali ke rumahnya dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya. Dia lalu memanggil pengurus perniagaannya dan berkata:
Berikan perempuan ini seribu dinar. Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga!' perintah Saiduk.
Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrari yang begitu murah hari dan berperi-kemanusiaan terhadap orang yang susah sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbangrasa itu. Meskipun dia bukan seorang Muslim, namun dia tetap seorang manusia yang berperasaan kemanusiaan terhadap sesama manusia yang lain.
Orang suruhan Saiduk itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan dan buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pasangan pakaian untuk sang ibu dan anak-anaknya. Semua itu disampaikannya pada hari itu juga. Anak-anak ibu itu bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada seribu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.
`Terima kasih banyak, sampaikan kepada Saiduk itu,' kata ibu itu dengan tersenyum.
Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berikanlah si Saiduk itu hidayat dan taufiq memeluk Islam, dan berilah dia dari kenikmatan-kenikmatanMu di syurga!
Pada malam itu Tuan Hakim bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di hari kiamat. Manusia terlalu sibuk masing-masing dengan keadaannya sendiri-sendiri mencari perlindungan.
Tuan Hakim dibawa pengawal untuk menuju ke syurga, kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi indah permai penuh dengan ukiran mas merah, dan tingkap-tingkapnya dari mutiara putih yang berkilau‑ kilauan. Antara dua tingkapnya berdiri seorang bidadari hurul-ein yang bercahaya lebih terang dari cahaya mataharl, dan lebih menarik dari cahaya bulan.
Apabila Tuan Hakim itu tiba di situ, semua bidadari-bidadari hurul-ein bertempik di mukanya: 'Orang yang tidak tahu diuntung! orang yang sial dan merugi! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah mlllkmu. Tetapi sekarang, alangkah slahlya nasibmu! semua ini termasuk kami bidadari-bidadari ini menjadi hak orang lain. Menjadi milik si Saiduk, orang Nasrani itu. sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milikmu lagi. Bawa dia di tempatnya di dalam neraka itu!' Mereka bertempik-tempik dengan suara yang keras.
Kemudian Tuan Hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan diunjukkan tempatnya di situ.
Pada saat itulah Tuan Hakim itu tersedar dari mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Apa yang aku lihat di dalam mimpiku ini! Alangkah sialnya naslbku kerana perbuatan yang telah aku sia-siakan. Dia tidak dapat tidur terus pada malam itu sampai pagi memikirkan mimpinya yang dahsyat itu. Mungkin ini kerana perbuatanku yang kejam terhadap si perempuan yang datang memohon bantuan untuk anak-anaknya itu.
Pada besok paginya, Tuan Hakim bergegas-gegas datang ke rumah Saiduk orang Nasrani itu. Dia mengetuk pintunya, maka keluarlah penjaga pintu bertanya:
`Oh, Tuan Hakim!' kata penjaga pintu itu. '
`
`Panggillah dia ke mari!'
Saiduk keluar dan menyambut baik Tuan Hakim itu. 'Sila masuk, Tuan Hakim!' dia mempelawa Tuan Hakim.
Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya, lalu dipersilakan duduk. Tuan Hakim tidak sabar lagi, lalu bertanya:
`
`Saya memang suka membuat kebaikan,'Jawabnya. 'Kebaikan yang macam mana?' tanya Saiduk kemball.
`Kebaikan apa saja,
`Tadi malam, saya minum lebih sedikit, saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa,' Saiduk memberitahu Tuan Hakim.
`Aku tidak mahu tahu tentang apa yang kau buat untuk dirimu,' Tuan Hakim naik darah. 'Yang aku mahu tahu apa yang kau buat untuk orang lain,
Saiduk
`Barangkali kebaikan yang saya buat terhadap seorang-perempuan janda yang mempunyai anak-anak kecil, tiga orang jika tidak salah?!' terang Saiduk.
`Ya ... ya,' pintas Tuan Hakim tidak sabar. 'Apa yang kau berikan dia?'
`Apakah salah, jika saya berikan sesuatu kepadanya?'
`Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya,' pintas Tuan Hakim lagi.
Dia saya dapati menangis di deretan rumah-rumah roboh yang saya bell di Ujung kampung ini. Saya kasihan kepadanya. Saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya dan keperluan anak-anaknya,' kata Saiduk.
`Itu saja yang kau beri?' tanya Tuan Hakim.
`
`Apa dia?'
`Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anak kedInya,' Saiduk memberitahu semua ceritanya.
Tuan Hakim termenung sebentar kerana mengingatkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan Ibu anak-anak itu.
`Tapi, saya ingin tahu apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini kerana hendak bertanya perkara ini,' tanya Saiduk minta penerangan.
Tuan Hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang banyak fikiran dan sedih sekali. Saiduk semakin hairan dan mengulang lagi pertanyaannya.
`Tuan Hakim!' kata Saiduk. 'Cubalah beritahu saya apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini?'
`Begini Saiduk. Aku mimpi tadi malam suatu mimpi yang sungguh menyedihkan aku,' Dia kelihatan sangat muram sekali.
`Mimpi yang menyedihkan Tuan?' Saiduk terperanjat. 'Tapi apa kena-mengenanya dengan diri saya?'
Tuan Hakim tidak punya helah lain, melainkan terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia beritahukan tentang gedung di syurga yang asalnya atas namanya, lalu bertukar menjadi hak Saiduk.
Mendengar cerita itu, Saiduk lalu menghulurkan tangannya kepada Tuan Hakim, katanya:
`Tuan Hakim! Sekarang saksikanlah bahwa saya menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutusnya membawa petunjuk dan agama yang benar.'
Tuan Hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduk itu. Kemudian dia keluar dari rumah Saiduk, sedang hatinya remuk redam, sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
Wahai suadarakul
Sebaliknya, seorang Nasrari yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi dari golongan ahli syurga, padahal sebelum itu dia adalah dari golongan ahli neraka.
Alangkah balk sekali cerita ini menjadi contoh kepada orang-orang yang mahu mengambil teladan daripadanya!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar