Selasa, 04 Mei 2010

HAMBA HITAM YANG DITERIMA DOANYA – MALIK bin DINAR




Diceritakan daripada Malik bin Dinar, moga-moga Allah meng-ampuninya, katanya:

Hujan sudah lama tidak turun-turun, sehingga kami terpaksa mengalami musim kemarau yang panjang sekali, yang belum pernah kami rasakan sebelum itu. Sudah ramai orang yang berdoa dan bershalat meminta hujan turun, namun tidak ada tanda-tanda yang hujan akan turun juga.

Pada suatu hari, kami sekalian keluar ke padang pasir untuk meminta istisqa' dan memohon agar Allah Ta'ala merahmati kami dengan menurunkan hujan. Maka keluarlah semua penduduk koTa kami itu, termasuk yang kecil dan yang besar, tua dan muda, yang berpangkat dan orang umum biasa, semuanya dengan tujuan yang satu, Yaitu mengharapkan turunnya hujan.

Sudah habis daya dan upaya kami dalam berdoa dan bermunajat, tetapi kami lihat langit masih cerah juga, sinar matahari semakin terik, dan tidak ada segenggam awan pun di dada langit. Ramai orang telah kecewa. Mereka sekalian pada kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan letih dan penal sekali.

Tinggallah di situ aku dan temanku, yang kemudian beralih pergi ke sebuah masjid tua yang sudah tidak terurus keadaannya. Kami duduk di situ menghilangkan lelah kami dan untuk berlindung dari panasnya terik matahari.

Sebentar lagi datang seorang hamba hitam berpakaian baju yang sudah lusuh sekali, mungkin harganya tidak lebih dari dua dirham saja. Hamba hitam itu lalu memasuki masjid, dan terus berdiri bersembahyang dua rakaat. Selesai sembahyangnya, dia pun menyeru:

Wahai Tuhanku! Dan Tuhan yang memiliki diriku! Kenapa Engkau tolak permintaan hamba-hambaMu, orang-orang fakirMu. Engkau tiada mahu memberi mereka hujan! Apakah Engkau sudah tidak punya apa-apa lagikah? Ataupun telah kosong isi perbendaharaanMu!'

Dia tunduk sebentar, dan aku terus memerhatikannya dan mendengar munajatnya. Kemudian katanya:

`Ya Tuhanku! Dengan berkat hak kecintaanMu kepadaku, berilah mereka hujan sekarang juga!'

Bercerita Malik bin Dinar seterusnya:

`Demi Allah! Belum sempat habis doanya, melainkan lagit telah menjadi gelap-gulita, diselubungi awan mendung yang berarak. Petir pun sabung menyabung, maka turunlah hujan menderu, seperti empang air yang pecah tiga.

Aku tercengang melihat si hamba hitam itu. Betapa besar arti munajatnya itu kepada Allah s.w.,t, Kami yang telah bersusah-susah berdoa di tanah lapang tadi, tidak ada apa pun kesannya. Ini dia dengan sekelip mata saja berdoa, sudah dikabulkan Allah doanya.

Apabila hamba hitam itu keluar dari masjid, kami terus meng­ikutinya dari belakang. Dia terus berjalan secepat mungkin tanpa menoleh ke sana sini, dan kami terus berada di belakangnya tanpa disedarinya, sehingga dia memasuki rumah saudagar hamba abdi. Kami kenal saudagar hamba Abdi. Lantaran sudah terlalu letih, kami kembali ke rumah masing-masing.

Pada besok paginya, aku singgah di rumah saudagar hamba itu, dan tujuanku untuk membeli hamba hitam yang aku ketemu semalam. Bila dilihatnya aku datang, suadagar itu bertanya:

`Apa hajat datang ke marl, hendak mencari seorang hamba!' tanyanya kepadaku.

`Begitulah maksudku,' jawabku. 'Aku telah melihat seorang hamba hitam kepunyaanmu, aku hendak membelinya,' kataku.

`Siapa namanya?' tanya saudagar itu. 'Kau tahu?'

`Tidak tahu pula namanya,' kataku.

`Aku ada ramai hamba,'Jawabnya. 'Semuanya lebih dari seratus orang.

Benar juga kata saudagar ini, bagaimana aku dapat mengecam hamba itu, kalau sudah begitu banyak sekali. Lagi pun aku cuma melihatnya sebentar saja, dan itu pun dari jauh.

`Cubalah kau bawakannya satu persatu, nanti aku akan tunjukkan yang mana satu,' pintaku kepadanya.

`Kalau begitu, balklah,'Jawabnya!

Saudagar itu lalu memanggil satu demi satu hamba yang ada di dalam rumahnya, sehingga lebih kurang ada delapan puluh orang yang sudah kulihat semuanya bukan orang yang kumaksudkan, hingga aku sudah hampir penat dan tidak sanggup menunggu lagi.


`Ada yang lain lagi,' tanyaku.

`Ada berapa orang lagi,' jawabnya. 'Tapi mereka itu semuanya tidak balk, suka megelat diri. Aku tidak mahu memberikan kau hamba yang tidak berfaedah kepadamu,' sambungnya.

`Tak mengapalah, cuba kau tunjukkan aku,' kataku.

Saudagar hamba itu pun membawaku masuk ke dalam rumahnya seraya menunjukkan kepadaku beberapa hambanya yang lain yang sedang disuruh bekerja, sehingga aku ketemu dengan hamba hitam itu.

`Ini dia hamba hitam yang kumaksudkan,' kataku kepadanya. `Ini?' tunjuknya kepada hamba itu.

`Ya,'Jawabku.

'Percuma!' terangnya. `Ini hamba yang sial, suka membelit,' dia menerangkan apa yang dia tahu tantang hamba hitam itu.

`Tidak mengapalah tentang peribadinya. Aku suka membelinya,' kataku.

`Kalau kau sudah mahu membelinya, ambillah dia. Aku pun memang tidak mahu memyimpannya lama-lama,'Jelas saudagar itu kepadaku.

`Berapa harga seorang hamba?'

`Blasanya dua puluh dinar,' jawabnya.

`Nah ini ada dua puluh dinar. Ambillah dan juallah dia kepadaku!' `Buat hamba ini dua puluh dinar terlalu banyak,' saudagar itu cuba menerangkan harga hamba hitam itu.

`Tidak mengapalah! Aku mahu membelinya dengan harga itu,' Aku lalu mengajak hamba hitam itu mengikutiku. Dalam perjalanan, aku bertanya kepadanya:

Siapa namamu?!'

`Maimun,'Jawabnya pendek.

`Nama itu bagus,' kataku.

`Tuan membeliku untuk apa?' ,dia bertanya kepadaku.

`Untuk berkhidmat kepadaku,' jawabku sambil merenung wajahnya.

, Saya tidak pernah berkhidmat kepada makhluk sama denganku,' jawabnya berani sekali. Dia nampaknya telah melahirkan isi hatinya.

`Habis jika kau tidak berkhidmat kepada sesama makhluk? Kepada siapa lagi yang kau hendak berkhidmat?' Aku bertanya kepadanya.

`Khidmatku khusus hanya kepada Tuhan semesta alam,'Jelasnya. `Oh, begitu?'

Apabila dia melihatku tidak menunjukkan penyesalanku terhadap jawapannya tadi, dia lalu bertanya pula.

`Buat apa tuan membeliku. Bukankah saudagar itu telah mengatakan yang saya ini hamba yang sial, suka membelit?'

Aku tersenyum, dan tidak menjawab pertanyaannya. Maka diulanginya lagi pertanyaan itu seolah-olah dia mahu suatu kepastian daripadaku.

`Mengapa beli hamba yang sial, yang suka membelit?'

`Aku membelimu kerana apa yang sudah kulihat daripadamu semalam di masjid tua yang ditinggalkan orang itu.'

Aku mengerling kepadanya, dan aku lihat wajah hamba hitam itu berubah sekali. Rupanya dia tidak suka ada orang lain mengetahui rahasianya. Dia kini gelisah seolah-olah ada sesuatu yang menekan jiwanya.

`Tuan!' katanya kepadaku. 'Boleh tuan izinkan saya berhenti di masjid sana nanti!' Dia berdiam diri sebentar, tetapi apabila dia lihat itu belum menjawab, dia terus berkata lagi: 'Sekejap saja!'

`Buat apa kau hendak ke masjid itu pula?' tanyaku.

`Saya hendak sembahyang dua rakaat saja, jawabnya.

Aku ingat orang hendak bersembahyang, tidak patut aku tidak benarkan. Aku izinkan dia bersembahyang di masjid itu, dan aku menunggunya di pintu masjid seraya memerhatikan gerak-gerinya seperti yang sebelumnya di masjid tua itu.

Selesai sembahyang, dia lalu mengangkat kedua belah tangannya seraya menyeru kepada Tuhan, katanya:

`Ya Tuhanku! Ya Tuhan yang memiliki diriku! Dahulu perhubungan yang berlaku di antaraku denganMu secara rahasia, tiada seorang makhluk pun yang tahu. Tetapi sekarang per-hubunganku itu sudah diketahui oleh makhluk lain. Maka aku tidak ingin tinggal lagi di sini, ambillah aku saat ini juga untuk pergi kepadaMu!'

Itu sajalah yang diucapkannya, tidak lebih dan tidak kurang. Tidak beberapa lama dia mendongak di situ, melainkan aku lihat dia telah menarik suatu nafas yang panjang, keras sekali bunyinya, dan terus dia jatuh terbaring. Aku segera mendapatkannya, rupanya dia sudah mati, moga-moga Allah merahmatinya. Aku lihat wajahnya yang hitam itu menjadi cerah dan bercahaya sedang matinya dalam tersenyum saja.

Aku sungguh menyesal kerana tidak dapat tinggal lama bersama-samanya. Baru saja aku kenal namanya, maka dia sudah pergi meninggalkanku.

Ketika aku dalam menguruskannya di situ, maka datang pula ke masjid itu dua orang pemuda yang kacak orangnya. Aku tidak pernah, kenal kepadanya, dan oleh kerana terharu dan terkejut, aku sampai terlupa hendak bertanya kepadanya, siapa gerangan dua orang pemuda yang kacak itu.

Pemuda-pemuda itu terus mengucapkan takziah kepadaku, katanya:`Moga-moga Allah membesarkan pahala kami dan kamu kerana kepergian si Maimun ini!

Kemudian mereka menyerahkan kepadaku kain kafannya yang masih baru lagi, tercium daripada kain kafan itu bau-bauan milk yang mewangi.

Aku pun memandikan mayatnya, mengafankannya, kemudian menyembahyangkannya dan menguburkannya.

Kami memohon rahmat Allah ke atas rohnya dan kepada kami sekalian, yang mendengar ceritanya. Amin!



Kisah ini terdapat pada buku”Untaian Kisah Para Wali ALLAH” yang disusun oleh Syed Ahmad Semait.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar